Persepsi Guru Terhadap Kefahaman Dan Penghayatan falsafah Pendidikan Kebangsaan Di Skudai, Johor.

Teng, Seng Seng and Hushin, Hassan (2008) Persepsi Guru Terhadap Kefahaman Dan Penghayatan falsafah Pendidikan Kebangsaan Di Skudai, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap kefahaman dan penghayatan terhadap falsafah pendidikan kebangsaan di Skudai, Johor. Kaedah penyelidikan deskriptif yang berbentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 87 responden telah terlibat dalam kajian ini. Maklumat yang dikumpul diperolehi daripada pengedaran soal selidik kepada responden. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 14 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Amalan falsafah adalah penting kerana aspirasi negara dapat dicapai melalui pendidikan. Wawasan sebuah negara untuk masa depan rakyatnya hanya menjadi realiti jika kaum pendidiknya benar-benar memahami dan menjiwai tuntutan falsafah dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian mendapati darjah pemahaman dan penghayatan terhadap falsafah pendidikan kebangsaan di kalangan guru adalah tinggi. Kajian ini seterusnya mengemukakan beberapa cadangan bagi mempertingkatkan lagi amalan falsafah di kalangan guru.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08511
Subjects: History Education > Malaysian Studies
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13354

Actions (login required)

View Item View Item