Pembinaan Modul Program Pembangunan Kerjaya pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan universiti Teknologi Malaysia

Sofian, Mohd Earmee and Hushin, Hassan (2008) Pembinaan Modul Program Pembangunan Kerjaya pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan Kerjaya Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk panduan Jawatankuasa First Year Experience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkan pada cadangan daripada dua kajian yang telah dijalankan bertajuk Tinjauan Mengenai Kategori Masalah Dengan Demografi Di Kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Berasaskan Mooney Problem Check List (MPCL) oleh Noriasah Binti Othman Teng (2006) dan kajian bertajuk Pilihan dan Bentuk Aktiviti Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia: Satu Tinjauan oleh Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007). Modul ini dibina mengikut Model Drum (1981) yang memberi penekanan kepada tiga langkah untuk menghasilkan modul yang baik dan berkesan. Diharap modul ini akan dapat membantu pihak Jawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan UTM menjalankan program dengan lebih lancar supaya pelajar akan dapat mengenali dan memahami profesion perguruan dengan lebih dekat serta dapat menambahkan lagi minat untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08510
Subjects: Educational Technology > Instructional Technology
Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13353

Actions (login required)

View Item View Item