Pembangunan Laman Web Bagi Matapelajaran Matematik Kbsm tingkatan Dua Bertajuk Teorem Pithagoras

Mohamad Lee, Mohamad Fozi and Junaidi, Juhazreen (2008) Pembangunan Laman Web Bagi Matapelajaran Matematik Kbsm tingkatan Dua Bertajuk Teorem Pithagoras. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pelaksanaan Sekolah Bestari telah membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet di mana fleksibiliti serta kepelbagaian boleh dibina dalam sistem pendidikan. Sehubungan itu, sebuah laman web Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang bertajuk Pythagoras’ Theorem, topik dalam Matematik KBSM Tingkatan Dua telah dibangunkan. Pembangunan ini merangkumi semua subtopik dalam bab Pythagoras’ Theorem, iaitu the Relationship Between the Sides of a Right-Angled Triangle and the Converse of Pythagoras’ Theorem. Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam laman web ini yang dibina khusus untuk pelajar Tingkatan Dua. Gabungan elemen multimedia yang bersesuaian seperti teks, grafik dan animasi diimplementasikan untuk menarik minat dan meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran. Strategi pengajaran tutorial digunakan dalam proses menyampaikan isi pelajaran. Model Rekabentuk Instruksi Bersistem Hannafin Dan Peck digunakan untuk dijadikan panduan dalam proses pembangunan laman web ini. Microsoft Office FrontPage 2003 digunakan sebagai perisian utama manakala Adobe Photoshop CS2 dan Macromedia Flash Professional 8 digunakan sebagai perisian sokongan. Diharapkan laman web ini dapat menggalakkan para pelajar menjalankan pembelajaran kendiri di samping mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08508
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Mathematics Education > Mathematics Education
Educational Technology > Internet Computing
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13351

Actions (login required)

View Item View Item