Pembinaan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri (mpk) Mata Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan

Sung, Suzella and Ismail, Sarimah (2008) Pembinaan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri (mpk) Mata Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesesuaian pembinaan tiga Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan (Penyediaan Makanan). MPK tersebut adalah MPK pertama: Organisasi Dapur, MPK kedua: Kawalan Kos Makanan dan MPK tiga: Jenis-Jenis Menu dan Analisa Menu. MPK tersebut dibina menggunakan Model Teras Cabang (Shaharom, 1994) dan dinilai menggunakan borang soal selidik kesesuaian modul pengajaran kendiri (Shahrom, 1994). Ketiga-tiga MPK dinilai menggunakan Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) yang dilakukan oleh empat orang pakar dalam bidang Operasi Perkhidmatan Makanan (Penyediaan Makanan) sementara Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) dijalankan oleh lapan orang pelajar Diploma. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan statistik peratus dan min. Hasil kajian mendapati status ketiga-tiga MPK yang dibina adalah sesuai dan amat sesuai pada kedua-dua peringkat yang dinilai, PFSS dan PFKK. Penggunaan MPK banyak membawa implikasi positif kepada pembelajaran kendiri pelajar yang mengambil mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan khususnya dalam Penyediaan Makanan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08507
Subjects: Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Educational Technology > Instructional Technology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13350

Actions (login required)

View Item View Item