Penerapan Unsur Sejarah Matematik Dalam Penyelesaian persamaan Kuadratik, Punca Kuasa Dua Dan Punca Kuasa tiga

Dolzakipi, Natasha and Kailani, Ismail (2008) Penerapan Unsur Sejarah Matematik Dalam Penyelesaian persamaan Kuadratik, Punca Kuasa Dua Dan Punca Kuasa tiga. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Antara objektif matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ialah menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyarankan agar unsur sejarah diterapkan kepada para pelajar menerusi proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dibuat sejajar dengan matlamat tersebut iaitu untuk menerapkan unsur sejarah dalam pembelajaran matematik. Perbincangan difokuskan kepada penerapan unsur-unsur sejarah ke dalam subtopik punca kuasa dua dan punca kuasa tiga bagi matematik menengah rendah dan subtopik persamaan kuadratik bagi matematik menengah atas di samping cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan guru dalam proses pengajaran di bilik darjah. Selain itu, perbincangan turut tertumpu kepada kaedah-kaedah sejarah yang digunakan oleh tokoh-tokoh matematik yang merangkumi pelbagai tamadun dalam menyelesaikan persamaan kuadratik, punca kuasa dua dan punca kuasa tiga. Penyelidikan yang dijalankan adalah penyelidikan pensejarahan di mana maklumat berkaitan sejarah penyelesaian persamaan kuadratik dan punca kuasa dua serta punca kuasa tiga akan dikenalpasti dan dikaji sebelum ia dijadikan cadangan sebagai kaedah alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Ada di antara kaedah-kaedah tersebut boleh dijadikan kaedah alternatif di bilik darjah di samping kaedah-kaedah sedia ada yang digunakan hari ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kaedah yang tidak sesuai untuk diterapkan kepada pelajar di peringkat menengah ini. Namun kaedah tersebut boleh dikemukakan sebagai sebahagian daripada hasil sumbangan tokoh matematik dalam bidang algebra ini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08506
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13349

Actions (login required)

View Item View Item