Pembangunan Perisian Multimedia Menggunakan Strategi Pembelajaran Berasaskan Situasi Bagi Tajuk teknologi Animasi Digital

Mohd Zaid, Nurul Ain and Harun, Jamaludin (2008) Pembangunan Perisian Multimedia Menggunakan Strategi Pembelajaran Berasaskan Situasi Bagi Tajuk teknologi Animasi Digital. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tujuan projek ini dilakukan ialah untuk merekabentuk dan membangunkan aplikasi multimedia yang menggunakan strategi pembelajaran iaitu pembelajaran berasaskan situasi yang dicadangkan oleh Herrington et al.,(2000). Pembelajaran berasaskan situasi ini diaplikasikan ke dalam perisian dengan menyediakan konteks autentik dan aktiviti yang menjadi asas dalam proses pembelajaran. Selain daripada pembelajaran berasaskan situasi, konsep peta minda yang dicadangkan oleh teori pembelajaran neurosains juga turut diintegrasikan ke dalam perisian ini. Proses pembangunan perisian ini adalah berdasarkan kepada model rekabentuk sistem instruksi iaitu model ADDIE yang akronim untuk analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Topik yang dipilih untuk projek ini ialah Teknologi Animasi Digital untuk tahap pelajar pra-graduan. Macromedia Authorware telah dipilih sebagai perisian utama untuk menghasilkan aplikasi multimedia dan juga disokong oleh perisian multimedia lain seperti Macromedia Flash and Adobe Photoshop. Akhir sekali, diharapkan ini dapat membantu mempromosikan pembangunan aplikasi multimedia yang lebih interaktif dan aktif terutama bagi tujuan pengajaran dan pembelajara

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08505
Subjects: Educational Technology > Multimedia Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13348

Actions (login required)

View Item View Item