Usaha-usaha Pemilihan Kerjaya di Kalangan Remaja Melayu Di Felda Daerah Jerantut, pahang

Abdul Wahab, Ramlan and Rajuddin, Muhd Rashid (2008) Usaha-usaha Pemilihan Kerjaya di Kalangan Remaja Melayu Di Felda Daerah Jerantut, pahang. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Pada masa ini sebahagian remaja di tanah-tanah rancangan FELDA juga terlibat dengan masalah sosial yang semakin serius seperti penyalahgunaan dadah, lumba haram, mencuri dan sebagainya. Salah satu punca masalah ini kerana mereka menganggur dan kurang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka perlu berusaha membuat pilihan pekerjaan yang sesuai dan terbaik pada masa hadapan. Namun sejauh manakah tahap usaha-usaha remaja ini dalam pemilihan kerjaya mereka telah dilaksanakan. Justeru itu kajian yang dilaksanakan ini adalah ditumpukan untuk mengenal pasti pelaksanaan usaha-usaha pemilihan kerjaya di kalangan remaja Melayu FELDA di Daerah Jerantut, Pahang. Responden kajian terdiri remaja yang berumur di antara 14 hingga 25 tahun seramai 125 orang. Penyelidik telah menjalankan kajian deskriptif secara tinjauan. Seterusnya, instrumen kajian adalah berdasarkan soal selidik yang digubal oleh pengkaji setelah dijalankan kajian rintis. Penyelidikan dilaksanakan menggunakan borang soal selidik berdasarkan Skala Likert. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan Perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 13.0). Keputusan kajian yang diperoleh menunjukkan majoriti responden telah berusaha untuk mengumpul maklumat kerjaya, meningkatkan tahap akademik, kesedaran diri dan merancang kerjaya pada masa hadapan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08501
Subjects: Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13344

Actions (login required)

View Item View Item