Kesan Latihan Balingan Jauh 36 Meter (bj36) Dan Tahap kebimbangan Terhadap Tahap Konsisten Balingan Jauh Bagi atlet Wanita Boling Padang

Abdul Rahman, Norashida and Harun, Hafizah (2008) Kesan Latihan Balingan Jauh 36 Meter (bj36) Dan Tahap kebimbangan Terhadap Tahap Konsisten Balingan Jauh Bagi atlet Wanita Boling Padang. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan latihan Balingan Jauh 36m (BJ36) dan tahap kebimbangan Sport Competition Anxiety Test (SCAT) terhadap tahap konsisten balingan jauh bagi atlet wanita boling padang. Lima orang subjek (n=5) dipilih dikalangan atlet wanita boling padang. Subjek dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan A iaitu tanpa latihan bebanan (n=2), kumpulan B iaitu dalam latihan bebanan (n=2) dan kumpulan C iaitu kawalan (n=1). Dapatan kajian dinilai melalui borang skor pengujian 40 balingan jauh dan soal selidik (SCAT). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kumpulan A, dan B dalam ujian 40 balingan jauh. Walaupun analisa data menunjukkan tiada perubahan balingan yang signifikan tetapi terdapat peningkatan balingan bagi kumpulan A (53.85%), kumpulan B (42.86%) dan kumpulan C (28.57%). Bagi ujian SCAT, kesemua kumpulan dapat menurunkan tahap kebimbangan daripada tahap tertinggi semasa ujian pra kepada tahap sederhana tinggi semasa ujian pos. Kesimpulannya, dengan latihan seseorang atlet dapat mengurangkan kesalahan dalam kemahiran membaling bola dan meningkatkan ketepatan balingan secara konsisten

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08500
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13343

Actions (login required)

View Item View Item