Tahap Kesediaan Bakal Guru Tahun Akhir Perdana Utm (kemahiran Hidup) Dalam Menceburi Profesion Perguruan

Mat Johari, Ida Juliana and Lokman, Mohd Tahir (2008) Tahap Kesediaan Bakal Guru Tahun Akhir Perdana Utm (kemahiran Hidup) Dalam Menceburi Profesion Perguruan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian deskriptif ini dijalankan untuk adalah untuk mengenalpasti tahap persediaan bakal guru tahun akhir perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kemahiran Hidup dalam menceburi profesion perguruan. Aspek-aspek yang dilihat dalam kajian ini adalah tahap persediaan bakal guru terhadap penguasaan ilmu pedagogi, kemahiran penggunaan teknologi terkini, keyakinan diri dan kemahiran kaunseling. Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) dipilih untuk tujuan ini. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Awam (SPA) untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai yang didapati adalah 0.972. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap persediaan bakal guru tahun akhir UTM (Kemahiran Hidup) terhadap keyakinan diri sebagai pendidik adalah tinggi berbanding tahap penguasaan ilmu pedagogi, kemahiran penggunaan teknologi terkini, dan kemahiran kaunseling . Secara keseluruhannya bakal-bakal guru SPH ini mempunyai tahap persediaan yang tinggi dalam menceburi profesion perguruan ini. Walaupun begitu, semua pihak termasuklah pihak pengurusan dan bakal guru itu sendiri perlu mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan lagi persediaan bakal guru dalam menceburi profesion perguruan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08499
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13342

Actions (login required)

View Item View Item