Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri (mpk) Bagi Perisian macromedia Authorware 7 Berasaskan Teori Konstruktivisme

Misrom, Noor Suhaily and Junaidi, Juhazreen (2008) Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri (mpk) Bagi Perisian macromedia Authorware 7 Berasaskan Teori Konstruktivisme. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) pada masa kini banyak membantu pelajar dalam mempelajari sesuatu topik secara sendiri. Justeru itu, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk membangunkan MPK bagi topik Interaktiviti dalam Bahasa Gubahan Bahagian 1 dan 2 serta Pembinaan Beberapa Jenis Soalan bagi subjek Bahasa Gubahan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Objektif MPK ini dibina adalah supaya pelajar boleh menggunakannya untuk mempelajari perisian Macromedia Authorware 7 pada bila-bila masa mengikut kebolehan dan kemampuan sendiri. MPK ini juga dibina untuk memenuhi keperluan MPK yang bercirikan tempatan dengan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. MPK ini dibangunkan berdasarkan model ADDIE dan Model Modul Teras Cabang Shaharom. Selain itu MPK ini juga mengaplikasikan teori konstruktivisme dan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBL). Penilaian ke atas MPK ini telah dijalankan secara tidak formal. Oleh itu pembinaan MPK ini diharap dapat membantu pengguna dalam mempelajari dan menguasai penggunaan Macromedia Authorware 7 dengan lebih jelas dan mudah.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08498
Subjects: Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Educational Technology > Instructional Technology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13341

Actions (login required)

View Item View Item