Masalah Pembelajaran Tajuk Persamaan Kimia Dalam Konteks penyelesaian Masalah Di Kalangan Pelajar Sekolah Meneng

Alias, Nor Hidayah and Bakar, Md Nor (2008) Masalah Pembelajaran Tajuk Persamaan Kimia Dalam Konteks penyelesaian Masalah Di Kalangan Pelajar Sekolah Meneng. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi mengkaji masalah pembelajaran di kalangan pelajar sekolah menengah dalam tajuk persamaan kimia. Aspek yang dikaji adalah berkaitan dengan konsep asas kimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol. Kajian ini dijalankan ke atas 100 orang pelajar di empat buah sekolah menengah dalam daerah Kluang dan Johor Bahru, Johor Darul Ta zim yang telah dipilih secara rawak. Soalan berbentuk subjektif diberikan kepada pelajar adalah berkaitan dengan persamaan kimia menggunakan instrumen soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan mengira peratusan dan min untuk dibuat perbandingan menggunakan Statistik Package For The Social Science (SPSS Version 11.5) dengan nilai alpha α= 0.797. Analisis menunjukkan bahawa kefahaman pelajar mengenai konsep persamaan kimia adalah sangat lemah. Kebanyakan daripada pelajar mempunyai masalah pembelajaran dalam persamaan kimia. Secara spesifik lagi, kajian ini mendapati bahawa pelajar mempunyai masalah pembelajaran dalam pengetahuan asas kimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian masalah Beberapa cadangan pengukuhan telah dicadangkan bagi mengatasi kelemahan yang dihadapi oleh pelajar. Oleh itu, guru-guru perlu peka serta mengambil kira masalah pembelajaran tersebut dalam merancang sesuatu strategi pengajaran bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam tajuk persamaan kimia.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08497
Subjects: Chemistry Education > Chemistry Education
Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13340

Actions (login required)

View Item View Item