Keberkesanan Program Latihan Pliometrik Dalam Meningkatkan Ketinggian Lompatan Vertikel Pemain Badminton

Mat Noor, Mohd Hafizullah Amin and Harun, Hafizah (2008) Keberkesanan Program Latihan Pliometrik Dalam Meningkatkan Ketinggian Lompatan Vertikel Pemain Badminton. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian yang di jalankan adalah untuk melihat keberkesanan latihan pliometrik dalam meningkatkan kuasa kaki pemain terhadap ketinggian lompatan secara menegak. Subjek adalah seramai 15 orang, pemain badminton lelaki peringkat negeri Johor, pemain amatur MPJBT dan pelajar Sains Sukan UTM dibahagikan kepada tiga kumpulan: kumpulan latihan rutin (BJ-Box Jump), kajian (BJSJ-Box Jump Spike Jump) dan tanpa latihan (K-kawalan). Ujian pra dan ujian pos lompatan menegak (sergeant jump) dijadikan pengukur bagi melihat peningkatan lompatan selepas empat minggu program latihan. Dapatan keputusan ujian t-test menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi kumpulan BJSJ dengan perubahan peratusan 17.08% pada aras signifikan yang ditetapkan p ≤ 0.05. Daripada keputusan yang diperolehi, latihan pliometrik kumpulan BJSJ adalah efektif dalam meningkatkan ketinggian lompatan smesy pemain badminton.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08496
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13339

Actions (login required)

View Item View Item