The Criteria Of Language Learning Website

Daut, Noraida and Hassan, Hanita (2008) The Criteria Of Language Learning Website. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji elemen-elemen penting di dalam laman web pembelajaran bahasa berdasarkan pemilihan oleh bakal guru Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menyiasat tujuan guru ini melayari laman web tersebut serta elemen-elemen lain yang boleh digunakan untuk membaiki kelemahan-kelemahan laman web pembelajaran bahasa. Subjek yang digunakan untuk kajian ini adalah pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil pengkhususan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat dan maklumat-maklumat ini dianalisa menggunakan analisa kuantitatif dan deskriptif. Penilaian dibuat berdasarkan frekuensi dan purata. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa Internet merupakan antara sumber yang paling popular untuk belajar bahasa dan laman web yang menyediakan pembelajaran bahasa amat berguna serta sering dikunjungi. Pengguna yang melayari laman web ini kebiasaannya adalah untuk mencari nota, aktiviti dan bahan-bahan untuk mengajar. Elemen-elemen yang mendapat pemilihan tertinggi untuk kepentingannya adalah dari kategori bahasa dan teks serta kawalan pengguna. Kajian ini boleh digunakan untuk membaiki kelemahan-kelemahan laman web pembelajaran bahasa yang telah sedia ada ataupun digunakan sebagai panduan untuk membina laman web baru

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08495
Subjects: Educational Technology > Internet Computing
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13338

Actions (login required)

View Item View Item