Understanding Reading In English: An Analysis Of Students Project Work

Zainal Abidin, Aishah Amirah and Wan Mansur, Wan Fara Adlina (2008) Understanding Reading In English: An Analysis Of Students Project Work. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik kefahaman pelajar dalam membaca dalam Bahasa Inggeris di mana analisis dilakukan pada projek kumpulan yang dilakukan pelajar. Objektif kajian adalah untuk mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan oleh pelajar dalam membuat nota yang akan digunakan untuk pemahaman dalam pembacaan dan juga bagaimana nota yang dibuat dapat membantu pelajar membuat rumusan. Objektif kajian juga adalah untuk melihat bagaimana tahap kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris dapat membantu pelajar dalam pemahaman dalam pembacaan bahan bacaaan berbahasa Inggeris. Data dikumpulkan daripada projek kumpulan yang dibuat oleh pelajar. Projek kumpulan ini memerlukan pelajar untuk membaca artikel berbahasa Inggeris, membuat nota berdasarkan artikel tersebut dan seterusnya membuat rumusan artikel tersebut berdasarkan nota yang telah dibuat. Pelajar yang melakukan projek kumpulan itu merupakan pelajar dari kursus TESL dan Pendidikan Awam di Fakulti Pendidikan di UTM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah-kaedah dalam membuat nota dapat membantu pelajar dalam pehamaman membaca dalam Bahasa Inggeris. Kaedah-kaedah yang telah digunakan pelajar adalah: menggunakan jenis nota berbentuk linear dan non-linear, pengurusan idea yang jelas, menggunakan ayat-ayat mudah dalam nota dan memasukkan isi kandungan yang secukupnya di dalam nota. Tahap kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris juga membantu dalam pemahaman pelajar dalam pembacaan berbahasa Inggeris. Kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam memberikan kaedah-kaedah yang berguna untuk digunakan dalam membuat nota yang dapat membantu pemahaman dalam bacaan berbahasa Inggeris. Kajian juga berguna untuk guru-guru Bahasa Inggeris dimana kaedah-kaedah yang dicadangkan dapat diaplikasikan di dalam kelas mereka.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08491
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13334

Actions (login required)

View Item View Item