Oral Communication Needs Of Mechanical Engineering Undergraduate Students In Utm: as Perceived By The Learners

Kamarudin, Hanim and Hanafi Zaid, Hanim (2008) Oral Communication Needs Of Mechanical Engineering Undergraduate Students In Utm: as Perceived By The Learners. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Penggunaan Bahasa Inggeris di Malaysia kini menjadi semakin meluas dan semakin penting terutamanya dalam dunia pekerjaan. Namun begitu, terdapat masalah di mana para graduan mempunyai tahap komunikasi Bahasa Inggeris yang lemah dan sekaligus mengakibatkan mereka gagal mendapatkan pekerjaan walaupun memiliki kelulusan akademik yang cemerlang. Masalah ini boleh dikaitkan dengan beberapa faktor. Kajian ini bertujuan mengenalpasti keperluan khusus para pelajar dalam mempelajari kemahiran berkomunikasi Bahasa Inggeris. Ia mengkaji keperluan komunikasi lisan dalam Bahasa Inggeris oleh para Pelajar Tahun Akhir Kejuruteraan Mekanikal (4 SMM) dari perspektif mereka sendiri. Tujuan kajian ini meliputi keperluan para pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam pembelajaran mereka pada masa kini dan juga apabila mereka berada di alam pekerjaan. Selain itu, kajian ini juga menyatakan ciri-ciri permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar dalam berbahasa Inggeris serta kesediaan mereka untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam alam pekerjaan. Instrumen yang digunakan bagi pengumpulan data adalah melalui borang soal selidik. Dapatan kajian ini menunjukkan para pelajar mengakui yang mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. alaubagaimanapun, majoriti daripada golongan pelajar ini merasakan yang mereka juga telah bersedia serta berkebolehan untuk berbahasa Inggeris dalam dunia pekerjaan mereka kelak.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08489
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13332

Actions (login required)

View Item View Item