Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri (mpk) Bagi Perisian Macromedia Flash Mx (penghasilan Montaj)

Mohd Isa, Mohd Miza Shahril Shah and Mohd Zaid, Norasyikin (2008) Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri (mpk) Bagi Perisian Macromedia Flash Mx (penghasilan Montaj). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) merupakan antara kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar. Selain itu, Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) didapati lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional pada pendidikan alaf baru kini. Justeru itu, satu modul pembelajaran kendiri perisian Macromedia Flash MX dibangunkan sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini yang memerlukan lebih banyak modul pembelajaran kendiri. Tujuan utama pembinaan modul ini adalah untuk membantu pelajar yang mengambil kursus Teknologi Grafik, Animasi, Audio dan Video Digital (SPM 2303) di Fakulti Pendidikan, UTM. Mereka perlu mempelajari perisian Macromedia Flash MX bagi melaksanakan antara keperluan projek yang terdapat dalam subjek tersebut. Pembelajaran tentang penghasilan animasi yang ditekankan di dalam modul ini adalah merangkumi proses-proses dalam menghasilkan sesuatu montaj. Pembinaan modul ini menggunakan Model ADDIE. Selain itu, pengaplikasian strategi tutorial juga digunakan dalam modul ini melalui aktiviti yang disediakan pada penghujung setiap kemahiran yang telah selesai dipelajari. Di samping itu, teori pembelajaran sosial/pemerhatian juga digunakan di dalam modul ini untuk memberikan satu corak self pacing dengan cara lihat dan buat. Ini boleh didapati melalui set-set arahan yang disediakan pada setiap topik berserta contoh-contoh bergambar. Dengan penilaian secara formatif melalui penyelia projek dan pembaikan yang dibuat semasa peringkat pembinaan diharapkan dapat memberikan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08487
Subjects: Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Educational Technology > Instructional Technology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13330

Actions (login required)

View Item View Item