Tinjauan Terhadap Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar Yang Menolak Tawaran Memasuki Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional

Abd Karim, Zuriyana Hasmiza and Abdullah, Nur Qistina (2008) Tinjauan Terhadap Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar Yang Menolak Tawaran Memasuki Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang menolak tawaran di salah sebuah Sekolah Menengah Teknik di daerah Johor Bahru. Sampel kajian adalah terdiri daripada 115 orang pelajar yang telah menolak tawaran memasuki Sekolah Menengah Teknik. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data dan maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis secara berkomputer dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 11.5 serta analisis deskriptif berbentuk frekuensi dan peratusan (%). Hasil kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar yang menolak tawaran ke Sekolah Menengah Teknik menghadapi masalah yang dipengaruhi dari dalam diri sendiri dan persekitaran. Sikap, kewangan, minat dan kesukaran matapelajaran teknikal merupakan antara masalah yang dihadapi oleh pelajar yang menolak tawaran tersebut

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08485
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13328

Actions (login required)

View Item View Item