Investigating Tesl Trainees Perception On The Level Of readiness In Teaching English For Science And Technology subject In School

Alyub, Fazziana and Abdul Majid, Norazaman (2008) Investigating Tesl Trainees Perception On The Level Of readiness In Teaching English For Science And Technology subject In School. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik persepsi guru pelatih TESL tentang kesediaan mengajar matapelajaran English for Science and Technology di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan dari aspek pengetahuan mengenai matapelajaran EST, kemahiran mengajar serta minat dalam mengajar matapelajaran tersebut sepertimana dari pandangan mereka. Soal selidik telah diagihkan kepada 40 orang guru pelatih TESL Tahun Empat dan data yang dikumpulkan telah dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian menunjukkan maklumbalas yang positif di mana, guru pelatih TESL mempunyai persepsi yang baik terhadap kesediaan mengajar matapelajaran EST. Selain itu, kajian ini membuktikan bahawa guru pelatih TESL mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dari aspek pengetahuan mengenai matapelajaran EST, kemahiran mengajar serta minat dalam mengajar matapelajaran tersebut di sekolah. Dari dapatan kajian yang diperolehi, adalah diharapkan dapat membantu guru pelatih TESL dengan memberi maklumat yang diperlukan untuk refleksi kendiri dan menyediakan diri dalam pengajaran mereka kelak. Pada masa yang sama, kajian ini diharap dapat membantu pembangun kurikulum agar dapat membentuk intipati kurikulum yang lebih komprehensif dan tersusun di masa akan datang agar dapat memberi lebih kesediaan kepada guru pelatih TESL dalam bidang sains dan teknologi.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08482
Subjects: Linguistics Education > TESL
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13325

Actions (login required)

View Item View Item