Pembangunan Laman Web Berasaskan Pembelajaran Autentik Bagi Topik Pemformatan Laman Web, Tag Html Dan Penggunaan Jadual

Goh, Sze Wei and Atan, Noor Azean (2008) Pembangunan Laman Web Berasaskan Pembelajaran Autentik Bagi Topik Pemformatan Laman Web, Tag Html Dan Penggunaan Jadual. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Dalam dunia pendidikan, penggunaan Internet adalah merupakan medium penyampai sumber maklumat bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkesan. Kini, terdapat banyak laman web yang dibangunkan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, pengkaji mengambil inisiatif untuk membangunkan laman web bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan Berasaskan Web untuk tajuk Pemformatan Laman Web, Tag HTML dan Penggunaan Jadual dalam Laman Web. Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai bahasa penghantar dalam laman web ini. Laman web ini dibangunkan berdasarkan model ADDIE dan menggunakan kaedah tutorial. Pendekatan pembelajaran autentik juga digunakan di mana ia menyediakan konteks sebenar seperti mana pengguna belajar Microsoft Office Front Page 2003. Laman web ini dibangunkan berdasarkan gabungan empat elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan video. Gabungan keempat-empat elemen ini telah menjadikan laman web ini lebih interaktif dan proses pengajaran dan pembelajaran pula menjadi lebih efektif. Diharap laman web ini dapat membantu dari segi mempertingkat lagi mutu P&P sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08480
Subjects: Educational Technology > Internet Computing
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13323

Actions (login required)

View Item View Item