A Study On Second Language Learners Perception Of Using Short Story In Learning English

Abu Bakar, Noor Azma and Abdullah, Tina (2008) A Study On Second Language Learners Perception Of Using Short Story In Learning English. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik persepsi pelajar bahasa kedua terhadap penggunaan cerita pendek untuk belajar Bahasa Inggeris. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan aras minat pelajar dalam membaca cerita pendek, masalah yang dihadapi oleh pelajar dan juga penyelesaian yang mungkin berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar ketika cerita pendek digunakan dalam kelas Bahasa Inggeris. Soal selidik telah diagihkan kepada pelajar bahasa kedua yang mengambil matapelajaran Reading for Specific Purposes di Universiti Teknologi Malaysia. Kesemua sembilan puluh dua responden adalah dari tiga kelas berlainan dari tiga fakulti berlainan dan adalah dari bidang kejuruteraan. Metodologi yang didunakan bagi kajian ini ialah soal selidik dan temubual. Dapatan dari temubual digunakan bagi menyokong dapatan kajian. Pemerhatian juga telah digunakan dalam kajian ini bagi merancang soal selidik dan juga bagi menentukan calon temubual. Dapatan kajian menunjukkan maklum balas positif yang menunjukkan responden mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan cerita pendek untuk belajar Bahasa Inggeris dan pelajar berminat dengan pembelajaran yang menggunakan cerita pendek. Sebagai penambahan, masalah yang dihadapi oleh pelajar, strategi yang digunakan oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah dan cadangan yang mungkin bagi masalah yang dihadapi oleh pelajar juga telah dikenalpasti. Salah satu dapatan penting ialah pelajar berminat untuk membaca cerita pendek berdasarkan tema yang diminati. Dapatan penting yang lain ialah masalah utama yang dihadapi oleh pelajar adalah masalah penglibatan di mana mereka tidak terlibat dengan aktif bagi pembelajaran yang menggunakan cerita pendek. Ini adalah disebabkan oleh tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah and tema cerita pendek yang digunakan tidak menepati minat pelajar. Pelajar juga mencadangkan agar tugasan membaca cerita pendek diberikan sebelum datang ke kelas. Sebagai kesimpulan, cerita pendek perlu digunakan bagi pembelajaran Bahasa Inggeris kerana ia dapat meningkatkan tahap penguasaan pelajar. Guru perlu memilih cerita pendek yang menepati citarasa pelajar bagi membolehkan pelajar terlibat di dalam pembelajaran yang menggunakan cerita pendek.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08478
Subjects: Linguistics Education > TESL
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13321

Actions (login required)

View Item View Item