Amalan Pengurusan Kurikulum Serta Keselamatan Dan Kesihatan Di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Yahya, Nurbaizura and Hushin, Hassan (2008) Amalan Pengurusan Kurikulum Serta Keselamatan Dan Kesihatan Di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat amalan pengurusan kurikulum, pengurusan keselamatan dan pengurusan kesihatan di Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH). Sampel kajian terdiri daripada 68 orang guru SRIH. Soal selidik digunakan sebagai intrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk melihat amalan pengurusan kurikulum, amalan pengurusan keselamatan dan amalan pengurusan kesihatan di SRIH. Nilai keboleh percayaan instrumen kajian ini adalah α= 0.916. Data maklumat yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial ( SPSS )Versi 14.0 serta analisis deskriptif berbentuk peratus dan min. Hasil kajian mendapati min keseluruhan bagi pengurusan kurikulum dan pengurusan keselamatan adalah tinggi. Oleh itu jelas membuktikan bahawa semua aspek pengurusan ini diamalkan oleh pihak sekolah. Walaubagaimanapun bagi elemen pengurusan kesihatan berada pada tahap sederhana. Penyelidik mencadangkan kepada pihak sekolah untuk mempertingkatkan keberkesanan amalan pengurusan kurikulum serta keselamatan dan kesihatan di kalangan pihak sekolah dengan menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan. Cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan penambahbaikan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08477
Subjects: Management of Education > School Administration and Organization
Religious and Moral Education > Islamic Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13320

Actions (login required)

View Item View Item