Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal Dan Kemahiran mengawal Pembolehubah Dalam Kalangan Pelajar pendidikan Kimia

Lockman, Nur Laili and Noordin, Shaharom (2008) Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal Dan Kemahiran mengawal Pembolehubah Dalam Kalangan Pelajar pendidikan Kimia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Penguasaan pelajar tentang Kemahiran Proses Sains telah mendapat perhatian dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS telah dikaji iaitu kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia, Fakulti Pendidikan, UTM. Terdapat dua pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu jantina dan program pengajian. Seramai 84 orang pelajar Pendidikan Kimia terlibat sebagai responden kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan dan alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Kemahiran Proses Sains. Terdapat 10 soalan objektif aneka pilihan jawapan dan empat soalan struktur. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk kekerapan dan peratusan telah digunakan dalam menganalisis data kajian ini. Tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah secara keseluruhannya adalah sederhana. Daripada dapatan kajian, mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah merentas jantina dan program pengajian masing-masing adalah sederhana. Ini menunjukkan penerapan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah masih kurang mencukupi dalam pengajaran dan pembelajaran ini memberikan kesan ke atas pencapaian mereka untuk menguasai Kemahiran Proses Sains

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08476
Subjects: Chemistry Education > Chemistry Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13319

Actions (login required)

View Item View Item