Uniaktif: Pembinaan Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Norma Ujian Kecergasan Fizikal Pelajar Sains Sukan, utm Skudai.

Ab Rahman, Rusmaria and Ismail, Muhammad Hafiz (2008) Uniaktif: Pembinaan Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Norma Ujian Kecergasan Fizikal Pelajar Sains Sukan, utm Skudai. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

UNI-AKTIF adalah satu sistem pengurusan pangkalan data yang digunakan untuk menganalisis data dan norma pelajar Sains Sukan UTM Skudai melalui ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan lakuan motor. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8 dan Macromedia ColdFusion MX 7. Manakala pangkalan data dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Access 2003. Sistem ini bertujuan untuk membangunkan pangkalan data bagi memudahkan proses menyimpan dan menganalisis data kecergasan fizikal berserta norma setiap komponen kecergasan fizikal. Terdapat 11 item ujian kecergasan yang diuji dan ianya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lima ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan enam ujian kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor. Pengklasifikasian norma diperolehi hasil daripada keputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur antara 20 30 tahun. Norma ujian yang ditetapkan mempunyai lima kriteria iaitu cemerlang, sangat baik, baik, sederhana dan lemah. Perisian ini merangkumi enam pautan utama iaitu halaman utama, prosedur ujian, norma ujian, daftar pelajar, keputusan ujian, laporan dan hubungi. Hasil kajian mendapati Sistem Pengurusan Pangkalan Data UNI-AKTIF ini dapat membantu dalam tugas tugas merekod dan menganalisis data pelajar dan turut memudahkan para pensyarah Sains Sukan di IPTA khususnya di UTM melakukan pengujian dan berupaya mengenalpasti prestasi pelajar dengan pantas, tepat dan sistematik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08473
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13316

Actions (login required)

View Item View Item