Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Profesion Keguruan Di Kalangan Pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan Teknikal Kejuruteraan

Hamdan, Hanisah and Md Johan, Othman (2008) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Profesion Keguruan Di Kalangan Pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan Teknikal Kejuruteraan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan profesion keguruan di kalangan pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan Teknikal Kejuruteraan di Fakulti Pendidikan. Seramai 248 pelajar tahun satu hingga emapt telah dipilih sebagai responden kajian. Satu set soal selidik telah digunakan untuk mengetahui pengaruh minat,keluarga, rakan sebaya, jaminan kerjaya dan ganjaran dalam pemilihan kerjaya guru di kalangan pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan Teknikal Kejuruteraan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratus dan min. Analisis ini dijalankan menggunakan Statistical Package for the Social Science version 13.0 (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan faktor minat dan faktor keluarga merupakan dua faktor yang mempunyai tahap yang tinggi dalam mempengaruhi pelajar dalam memilih profesion keguruan sebagai kerjaya mereka. Sementara faktor ganjaran, jaminan kerjaya dan rakan sebaya berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar-pelajar yang dikaji. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk membantu bakal-bakal guru yang meminati profesion keguruan ini supaya mempunyai pandangan positif terhadap kerjaya mereka.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08471
Subjects: Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13314

Actions (login required)

View Item View Item