Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif dalam Kalangan Pelajar Tahun Tiga Pendidikan Fizik

Ab. Aziz, Mohd Hairul Akmal and Noordin, Shaharom (2008) Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif dalam Kalangan Pelajar Tahun Tiga Pendidikan Fizik. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar tahun tiga program Pendidikan Fizik telah mendapat perhatian penyelidik dengan jantina dan program pengajian adalah pembolehubah bersandar yang dikaji. Dalam konteks kajian ini, tiga aspek dalam kemahiran dikaji iaitu menggunakan dan mengendalikan radas Fizik, melakar radas Fizik dan menyimpan radas Fizik. 30 responden terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan daripada program Pendidikan Fizik, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur tahap kefahaman pelajar dalam kemahiran manipulatif ini dinamakan Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif. Ia mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = .69 . Analsis statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya tahap kefahaman kemahiran manipulatif pelajar adalah pada tahap baik. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan kefahaman kemahiran manipulatif merentas jantina dan program pengajian di mana kedua-duanya berada pada tahap baik. Manakala tahap kefahaman menggunakan dan mengendalikan radas Fizik dan melakar radas Fizik adalah pada tahap baik, dan tahap kefahaman menyimpan radas Fizik pada tahap sederhana. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihakpihak tertentu bagi meningkatkan tahap kefahaman kemahiran manipulatif pelajar dalam amali Fizik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08470
Subjects: Physics Education > Physics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13313

Actions (login required)

View Item View Item