Kepuasan Bekerja Di Kalangan Staf Sokongan jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, fakulti Pendidkan, Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Ali, Siti Fatimah and Ismail, Sarimah (2008) Kepuasan Bekerja Di Kalangan Staf Sokongan jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, fakulti Pendidkan, Universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kepuasan bekerja di kalangan staf sokongan Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan. Seramai 5 orang staf sokongan dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan telah terlibat di dalam kajian ini. Temu bual digunakan sebagai instrumen kajian.. Data di kumpul secara berterusan sehingga mencapai titik ketepuan. Analisis data yang dilakukan secara manual dimulakan dengan temu bual, mentranskrip diikuti dengan mengintrepretasi data. Data yang telah diinterpretasikan kemudiannya melalui proses pengekodan terbuka (open coding), pengkodan axial (axial coding) dan pengkodan terpilih (selective coding). Hasil daripada kajian menunjukkan terdapat dua faktor kepuasan bekerja iaitu persekitaran kerja dan pembangunan staf manakala tiga lagi faktor ketidakpuasan terdiri daripada pengurusan akademik, beban tugas dan peningkatan kerjaya. Secara keseluruhannya, hasil dapatan menunjukkan faktor ketidakpuasan bekerja melebihi faktor kepuasan yang berlaku di kalangan staf sokongan JPTK. Ini menunjukkan organisasi perlu memperbaiki kelemahan sistem pengurusan bagi mempertingkatkan kualiti kerja staf.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08469
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13312

Actions (login required)

View Item View Item