Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet Badminton Sukma Johor 2008.

Ismail, Rahimi and Ismail, Muhammad Hafiz (2008) Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet Badminton Sukma Johor 2008. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet badminton SUKMA Johor 2008 serta mengetahui sama ada terdapat perubahan yang signifikan pada komponen kecergasan di antara ujian pra dengan ujian pos yang telah dijalankan. Beberapa ujian dilakukan bagi mengukur komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan iaitu Ujian Multistage Fitness Test, Ujian Push-Up, Ujian Sit and Reach dan Ujian Endurance Crunch bagi mengumpul data pra dan pos kajian. Subjek adalah terdiri daripada 4 orang atlet badminton wanita yang berumur antara 15 hingga 17 tahun. Data dan maklumat yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan perisian program komputer iaitu Statistical Package For Social Science (SPSS) 11.0 dan Microsoft Excel 2003. Ujian-t Sampel Berpasangan digunakan bagi mengukur sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pos. Aras signifikan yang ditetapkan bagi kajian adalah p < 0.05. Dapatan kajian menunjukkan tiga ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan iaitu Ujian Multi-Stage Test p = 0.182, Ujian Push-Up p = 0.062 dan Ujian Sit and Reach p = 0.638 di mana ianya lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Oleh itu, hipotesis null 1,2 dan 3 adalah diterima. Manakala bagi Ujian Endurance Crunch pula menunjukkan p = 0.041, di mana ianya lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Oleh yang demikian, hipotesis null keempat diterima

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08468
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13311

Actions (login required)

View Item View Item