Penilaian Terhadap Peranan Pihak Pengurusan Kolej Kediaman Dalam Mempertingkatkan Pembangunan Pembelajaran Pelajar : Tinjauan Di Lima Buah Kolej Kediaman Di Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Nawi, Samsiha and Lokman, Mohd Tahir (2008) Penilaian Terhadap Peranan Pihak Pengurusan Kolej Kediaman Dalam Mempertingkatkan Pembangunan Pembelajaran Pelajar : Tinjauan Di Lima Buah Kolej Kediaman Di Universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penilaian pelajar terhadap peranan pengurusan kolej kediaman dalam mempertingkatkan pembangunan pembelajaran di kolej kediaman. Kajian ini melibatkan 554 orang pelajar yang mewakili lima buah kolej kediaman di sekitar Universiti Teknologi Malaysia. Terdapat empat aspek penilaian pelajar terhadap pembangunan pembelajaran di kolej kediaman yang dilihat iaitu tanggungjawab pihak pengurusan, peranan pengetua dan felo dalam mengggalakkan aktiviti, pengurusan kemudahan pembelajaran dan yang terakhir adalah kebajikan yang diberikan kepada penghuni kolej kediaman. Dapatan daripada kajian rintis menunjukkan pekali kebolehpercayaan alfa adalah 0.837. Sampel kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar yang menghuni di lima buah kolej kediaman yang akan dipilih secara rawak berstrata. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A melibatkan latar belakang responden dan bahagian B melibatkan maklumbalas responden terhadap aspek pernyataan kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 13.0). Data dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan . Hasil kajian menunjukkan responden memberikan maklumbalas yang sederhana terhadap peranan pihak pengurusan dalam mempertingkatkan pembangunan pembelajaran pelajar di kolej kediaman. Akhir sekali penyelidik menyarankan agar kajian dapat dijadikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam mengenalpasti keperluan kemudahan pembelajaran yang perlu diadakan di kolej kediaman bagi meningkatkan pembelajaran pelajar di universi

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08467
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13310

Actions (login required)

View Item View Item