Perception Of Electrical Engineering Utm Students On task-based Speaking Activities In Fostering Students Communication In English

Md. Supie, Hawa Syamsina and Awang, Zubaidah (2008) Perception Of Electrical Engineering Utm Students On task-based Speaking Activities In Fostering Students Communication In English. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Salah satu isu utama di dalam pembelajaran Inggeris sebagai bahasa kedua adalah pelajar mengabaikan kepentingan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris kerana kelemahan mereka dalam menguasai bahasa tersebut. Kajian ini telah menggunakan tinjauan soal selidik ke atas pelajar kejuruteraan elektrik Universiti Teknologi Malaysia dengan tujuan mengetahui perspektif pelajar terhadap aktiviti lisan berdasarkan tugas (task-based speaking activities) dalam menggalakkkan komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini juga ingin mengenalpasti jenis-jenis aktiviti lisan berdasarkan tugas (task-based speaking activities) yang paling menggalakkan komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Jenis-jenis aktiviti tersebut adalah penyelesaian masalah, jurang informasi, dan perkongsian pengalaman atau perasaan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar bersetuju aktiviti lisan berdasarkan tugas (task-based speaking activities) telah memberi mereka peluang dan mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris. Dapatan kajian juga telah menunjukkan beberapa jenis-jenis aktiviti lisan berdasarkan tugas (task-based speaking activities) yang menggalakkan komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Di akhir kajian, beberapa cadangan aplikasi di masa depan dalam pengajaran Bahasa Inggeris telah dikemukakan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08464
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13307

Actions (login required)

View Item View Item