Faktor - Faktor Yang Mempengaruhi pencapaian Akademik Di Sekolah Jenis kebangsaan (tamil) Yang Berstatus Sekolah kurang Murid (skm) Di Daerah Kota Tinggi, johor.

S.haridas, Dineshkumar and Abu Bakar, Zainudin (2008) Faktor - Faktor Yang Mempengaruhi pencapaian Akademik Di Sekolah Jenis kebangsaan (tamil) Yang Berstatus Sekolah kurang Murid (skm) Di Daerah Kota Tinggi, johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kebanyakan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Malaysia, dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Majoriti SKM terletak di luar bandar seperti ladang-ladang dan pekan kecil. Pencapaian akademik murid di SKM adalah lemah jika dibandingkan dengan sekolah harian biasa. Pekara ini harus dikaji bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid di SKM. Secara amnya kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian ini mengambil Guru Besar- Guru Besar di tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian yang dijalankan berbentuk kualitatif dan menggunakan temu bual sebagai instrumen kajian. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian akademik murid. Di samping itu, kemudahan infrastruktur, bahan pengajaran dan pembelajaran dan kualiti guru yang mempengaruhi pencapaian akademik perlu dipertingkatkan. Oleh yang demikian cadangan diberikan bagi mengatasi permasalahan ini. Cadangan tersebut diberikan kepada setiap pihak yang berkaitan dengan kajian ini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08463
Subjects: Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13306

Actions (login required)

View Item View Item