Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet skuasy Sukma Johor 2008

Syed Zakariya, Syed Syamsul Faizal and Ismail, Muhammad Hafiz (2008) Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet skuasy Sukma Johor 2008. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimental yang melibatkan ujian pre dan ujian post untuk mengukur dan mengumpul data berkaitan dengan Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet skuasy SUKMA Negeri Johor 2008 yang mengandungi lima komponen asas iaitu Daya Tahan Kardiovaskular, Daya Tahan Otot, Kekuatan Otot, Komposisi Badan dan Kelembutan. Ianya bertujuan sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan SUKMA 2008 di Terengganu. Untuk menjayakan kajian ini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan merangkumi Ujian Multi-Staget, Ujian Push- Upt, Ujian Sit & Reach, Ujian Endurance Crunch dan Ujian Skinfoldt. Data-data yang telah dikumpulkan daripada ujian pre dan ujian post akan dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) 11.5 dan Microsoft Excel 2003 untuk mendapatkan keputusan ujian secara signifikan. ujian-t Sampel Berpasangan juga digunakan untuk membuat perbezaan data yang diperolehi daripada ujian pre dan ujian post dengan aras signifikan yang ditetapkan ialah p < 0.05. Hasil dapatan kajian didapati Ujian Multi-Stage p = 0.012, Ujian Push-Up p = 0.011 dan Ujian Skinfold p = 0.002 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan iaitu lebih kecil daripda aras signifikan yang ditetapkan p < 0.05, manakala Ujian Endurance Crunch p = 0.517 dan Ujian Sit & Reach p = 0.093 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan iaitu lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Daripada dapatan kajian didapati hipotesis satu, dua, tiga dan lima adalah ditolak manakala hanya hipotesis keempat sahaja yang diterima.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08462
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13305

Actions (login required)

View Item View Item