Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-kanak

Sulaiman, Siti Nur Huda and Ruskam, Aminuddin (2008) Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-kanak. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap kejadian jenayah kanak-kanak di Malaysia. Populasi kajian ini adalah seramai 498 pelajar dari 14 kursus yang berlainan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 150 pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 45 item sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS). Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α= 0.861. Dapatan kajian mendapati min untuk mengetahui persepsi pelajar tentang kejadian kes-kes penderaan dan penganiayaan yang berlaku terhadap kanak-kanak ialah 4.18. Seterusnya, kepekaan pelajar tentang kejadian kes-kes pembunuhan yang berlaku terhadap kanak-kanak menunjukkan min sebanyak 4.42. Faktor dalaman utama yang mendorong seseorang individu itu melakukan jenayah terhadap kanak-kanak ialah kurangnya didikan agama iaitu mencapai min sebanyak 4.77. Manakala cerita-cerita seks serta penyebaran bahan-bahan lucah pula merupakan faktor luaran utama yang mendorong seseorang itu melakukan jenayah terhadap kanak-kanak iaitu mencapai min sebanyak 4.55. Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh pengkaji antaranya ialah mempertingkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang ilmu agama serta membanteras penyebaran bahan-bahan yang berunsur seks dan lucah.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08459
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13302

Actions (login required)

View Item View Item