Hubungan Tingkah Laku Kesediaan Pensyarah Dengan tahap Motivasi Pelajar

Mohd Taib, Fatimah Harlina and Abdul Latif, Adibah (2008) Hubungan Tingkah Laku Kesediaan Pensyarah Dengan tahap Motivasi Pelajar. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan atau bukan lisan dan tahap motivasi pelajar. Kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap motivasi pelajar merentas jantina. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Satu set soal selidik yang mengandungi 50 item soalan dibina dan diambil daripada kajian yang terdahulu, telah digunakan untuk mengukur perhubungan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk tinjauan yang melibatkan 81 orang pelajar tahun dua dan tahun tiga bagi kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Jentera (SPA, SPE dan SPJ), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi instrumen kajian ini adalah 0.94. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows version 16.0. Pengujian bagi hipotesis kajian telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pengujian korelasi Pearson dan pengujian-t. Keputusan kajian mendapati terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara bukan lisan dan tahap motivasi pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan dan tahap motivasi pelajar. Seterusnya, dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap motivasi yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08458
Subjects: Educational Psychology > Educational Psychology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13301

Actions (login required)

View Item View Item