Persepsi Pentadbir Sekolah Terhadap Kualiti Diri Guru pelatih Utm Di Sekolah Sekitar Johor Bahru

Mohammad Zabidi, Nadia Farhana and Yahaya, Azizi (2008) Persepsi Pentadbir Sekolah Terhadap Kualiti Diri Guru pelatih Utm Di Sekolah Sekitar Johor Bahru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pentadbir sekolah terhadap kualiti diri guru pelatih UTM ketika menjalani latihan mengajar. Seramai 52 orang pentadbir sekolah di daerah Johor Bharu dipilih sebagai responden secara persampelan kelompok atas kelompok. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik dan Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cornbach bagi keseluruhan soal selidik ini ialah 0.953. Soal selidik telah dibina sendiri dan diubahsuai berdasarkan penyelidik terdahulu. Statistik deskriptif iaitu frekuansi, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis persepsi pentadbir sekolah terhadap kualiti diri guru pelatih UTM. Manakala statistik inferensi seperti ujian-t dan ANOVA digunakan untuk mengetahui perbezaan yang signifikan antara kualiti diri guru pelatih UTM mengikut jantina dan pangkat pentadbir sekolah. Analisis korelasi Pearson digunakan pada aras signifikan 0.05 bagi mengetahui hubungan antara kualiti diri guru pelatih UTM mengikut tempoh berkhidmat (pengalaman mengajar). Hasil kajian mendapati bahawa persepsi pentadbir sekolah terhadap aspek sikap, kesediaan, kemahiran dan hubungan interpersonal guru pelatih UTM berada pada tahap sederhana tetapi aspek personaliti berada pada tahap tinggi. Selain itu, analisis ujian-t mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek sikap, personaliti, kesediaan, kemahiran dan hubungan interpersonal guru pelatih mengikut jantina pentadbir sekolah. Manakala analisis ANOVA mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek sikap, personaliti, kesediaan, kemahiran dan hubungan interpersonal guru pelatih dengan pangkat pentadbir sekolah. Analisis korelasi Pearson pula, tidak terdapat hubungan antara aspek sikap, kesediaan, kemahiran dan hubungan interpersonal guru pelatih UTM mengikut tempoh berkhidmat (pengalaman mengajar) pentadbir sekolah manakala terdapat hubungan antara aspek personaliti guru pelatih UTM dengan tempoh berkhidmat (pengalaman mengajar) pentadbir sekolah. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan dalam kajian ini dalam usaha untuk memperbaiki kualiti diri guru pelatih UTM.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08457
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13300

Actions (login required)

View Item View Item