Kefahaman Guru Kemahiran Hidup Bersepadu ekonomi Rumah Tangga Terhadap Pelaksanaan pentaksiran Kerja Kursus Berdasarkan Dokumen pentaksiran Kerja Kursus (77/2) Di Sekolah-sekolah menengah, Daerah Kota Tinggi, Johor.

Md. Amin, Ruslaili and Mukhari, Abd Wahid (2008) Kefahaman Guru Kemahiran Hidup Bersepadu ekonomi Rumah Tangga Terhadap Pelaksanaan pentaksiran Kerja Kursus Berdasarkan Dokumen pentaksiran Kerja Kursus (77/2) Di Sekolah-sekolah menengah, Daerah Kota Tinggi, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Penilaian adalah satu aspek penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, di mana guru adalah orang yang bertanggungjawab mengendalikannya. Penilaian pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di peringkat Penilaian Menengah Rendah, 40 % terdiri daripada kerja kursus yang berasaskan kriteria yang telah ditetapkan. Kefahaman guru terhadap kriteria yang dinilai adalah penting kerana ianya akan menentukan lulus gagalnya pelajar dalam mata pelajaran ini. Kajian telah dijalankan di 14 buah sekolah menengah di daerah Kota Tinggi, Johor bagi mengenal pasti kefahaman guru-guru terhadap kriteria penilaian projek kerja kursus Kemahiran Hidup Bersepadu (ERT), di peringkat Penilaian Menengah Rendah. Penyelidikan juga bertujuan mengenal pasti masalah yang guru hadapi dalam menjalankan penilaian projek pelajar. Responden kajian adalah seramai 35 orang guru yang mengajar KHB-ERT. Kaedah soal selidik berbentuk skala Likert dan Binari digunakan bagi mendapatkan maklumat. Keputusan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai kefahaman yang jelas terhadap kriteria yang digunakan dalam penilaian projek pelajar. Namun pada masa yang sama terdapat beberapa masalah seperti kekangan masa, yang guru hadapi dan perlu ditangani dengan bijak untuk memastikan penilaian dilaksanakan dengan adil dan saksama bagi menjamin keesahannya.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08455
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13298

Actions (login required)

View Item View Item