Tahap Penggunaan Forum E-pembelajaran Di Kalangan pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (spk, Spp Dan Spt) fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Mahadi, Anili Fasha and M Said, Mohd Nihra Haruzuan (2008) Tahap Penggunaan Forum E-pembelajaran Di Kalangan pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (spk, Spp Dan Spt) fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan UTM serta masalah yang dihadapi pelajar semasa menggunakan forum epembelajaran. Seramai 69 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan UTM telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada set soal selidik yang mengandungi 37 item. Item terdiri daripada 30 soalan yang menggunakan Skala Likert dan 4 soalan terbuka. Statistik deskriptif digunakan di mana data dianalisis bagi mencari frekuensi, peratusan dan min. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science v15.0 for Windows). Purata taburan peratus dikelaskan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Nilai alpha adalah 0.991. Hasil kajian mendapati tahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar adalah pada tahap sederhana di mana min keseluruhan adalah 3.51.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08454
Subjects: Educational Technology > Multimedia Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13297

Actions (login required)

View Item View Item