Tahap Keberkesanan Usaha-usaha Yang Dilakukan Oleh anggota-anggota Bengkel Polis Marin Cawangan Selatan dalam Meningkatan Kemahiran Membaiki Enjin Kapal

Ab Kadir, Mohd Zulhilmi and Rajuddin, Muhd Rashid (2008) Tahap Keberkesanan Usaha-usaha Yang Dilakukan Oleh anggota-anggota Bengkel Polis Marin Cawangan Selatan dalam Meningkatan Kemahiran Membaiki Enjin Kapal. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini adalah berkenaan tahap keberkesanan usaha-usaha yang dilakukan oleh anggota-anggota bengkel polis marin cawangan selatan (Johor) dalam meningkatkan kemahiran menbaiki enjin kapal. Antara usaha-usaha yang difokuskan oleh penyelidik ialah kerberkesanan usaha pembacaan yang dilakukan, keberkesanan usaha kaedah cuba jaya, keberkesanan usaha kursus atau seminar yang dihadiri dan keberkesanan bantuan rakan dalam meningkatkan kemahiran mereka. Kajian ini adalah berbentuk diskriptif yang menerangkan fenomena atau keadaan semasa dengan kaedah soal selidik. Responden terdiri daripada anggota-anggota bengkel Polis Marin Cawangan Selatan (Johor). Data-data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Versi 12.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap keberkesanan usaha-usaha yang dilakukan oleh anggotaanggota bengkel polis marin cawangan selatan dalam meningkatan kemahiran menbaiki enjin kapal berada pada tahap yang tinggi kecuali kaedah cuba jaya yang hanya berada pada tahap yang sederhana. Beberapa cadangan telah dibuat bagi menambahkan lagi keberkesanan usaha-usaha dalam meningkatkan kemahiran menbaiki enjin kapal mereka. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu dalam kajian-kajian lanjutan dan juga membantu dalam mengetahui keberkesanan usaha-usaha lain yang dilakukan dalam meningkatkan profesionalisme di alam pekerjaan sama ada dalam sektor awam mahupun swasta.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08452
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13295

Actions (login required)

View Item View Item