Pembangunan Laman Web Bagi Bahasa Pengaturcaraan C++ berdasarkan Reka Bentuk Teori Beban Kognitif

Zakaria, Mohd Sham and Atan, Noor Azean (2008) Pembangunan Laman Web Bagi Bahasa Pengaturcaraan C++ berdasarkan Reka Bentuk Teori Beban Kognitif. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Penggunaan laman web sebagai salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran kini adalah relevan. Keadaan masyarakat kini yang banyak terlibat dengan penggunaan komputer amnya dan internet khususnya, menjadikan pembelajaran melalui laman-laman web amat tinggi permintaannya. Justeru itu, penyelidik mengambil inisiatif membangunkan sebuah laman web bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan C++ berdasarkan reka bentuk Teori Beban Kognitif bagi memenuhi permintaan itu. Disamping itu, laman web ini juga mengimplementasikan elemen-elemen multimedia supaya lebih berkesan dan menarik. Teori Beban Kognitif dipilih berdasarkan ciri-cirinya iaitu paparan arahan berdasarkan ikon, penggunaan teks yang minima, tiada pengulangan maklumat, teks dan imej dalam helaian yang sama dan aktiviti berasaskan projek. Ia mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran berasaskan web. Pembangunan laman web ini dijalankan berdasarkan model pembangunan Air Terjun yang mengetengahkan lima fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa implementasi, fasa integrasi dan fasa penyelenggaraan yang ternyata dapat melancarkan proses pembangunan laman web ini. Laman web ini diharapkan dapat menyediakan pelajar dengan proses pembelajaran yang membolehkan mereka mengingati dan memahami kandungan pembelajaran bagi tajuk-tajuk dalam subjek Bahasa Pengaturcaraan C++ ini dan dapat melatih kemahiran mereka dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kritis. Latihan yang disediakan juga diharap dapat mempertingkatkan kefahaman mereka berdasarkan teori yang dipelajari.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08451
Subjects: Educational Technology > Internet Computing
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13294

Actions (login required)

View Item View Item