Mengkaji Gaya Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan pencapaian Akademik Pelajar Tahun Empat, Fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Zain, Noraini and M Said, Mohd Nihra Haruzuan (2008) Mengkaji Gaya Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan pencapaian Akademik Pelajar Tahun Empat, Fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Gaya pembelajaran memainkan peranan yang penting bagi seseorang individu untuk mengenali dan mengetahui kekuatan serta kelemahan diri sendiri. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik menggunakan instrumen gaya pembelajaran Kolb. Responden yang terlibat adalah pelajar tahun empat, Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia, Fizik dan Matematik) Fakulti pendidikan UTM. Seramai 86 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Kesahan instrumen menggunakan pemalar Alfa adalah 0.946 Dapatan daripada soal selidik ini dianalisis menggunakan SPSS versi 11.5. Kemudian dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, hubungan dan jadual. Dapatan menunjukkan gaya pembelajaran responden secara keseluruhan ialah Abstract Conceptualization (AC) dan Concrete Experience (CE). Terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran secara CE di antara lelaki dan permpuan. Daripada dapatan, tiada hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08449
Subjects: Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13292

Actions (login required)

View Item View Item