Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Guru Pelatih 3spm Dan 3spt, utm Semasa Menjalani Latihan Mengajar Bagi Sesi 2007/2008

Haji Datim, Norazwana and Ahmad Zanzali, Noor Azlan (2008) Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Guru Pelatih 3spm Dan 3spt, utm Semasa Menjalani Latihan Mengajar Bagi Sesi 2007/2008. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh guru pelatih 3SPM dan 3SPT semasa latihan mengajar bagi semester 1, sesi 2007/2008. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertumpu kepada empat aspek utama iaitu kesediaan diri guru pelatih, penyediaan Rancangan Mengajar, penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM), dan kerjasama daripada pihak sekolah. Seramai 49 orang pelajar daripada kursus 3SPM dan 3SPT dipilih sebagai responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang disediakan mengikut skala Likert dan sesi temubual. Data-data dalam kajian ini telah dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS Versi 13.0 for Windows) berdasarkan kaedah peratusan, kekerapan dan min. Hasil kajian menunjukkan kesediaan diri guru pelatih, penyediaan Rancangan Mengajar, penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM), dan kerjasama daripada pihak sekolah berada pada tahap tinggi

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08447
Subjects: Higher Education > Teacher education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13290

Actions (login required)

View Item View Item