Pembinaan Dan Penilaian Panduan Pengajaran Yang Menggunakan Pendekatan Koperatif Dan Kolaboratif Bagi Kursus Penyediaan Makanan

Uluan @ Radin Ismail, Radin Idawati and Ismail, Sarimah (2008) Pembinaan Dan Penilaian Panduan Pengajaran Yang Menggunakan Pendekatan Koperatif Dan Kolaboratif Bagi Kursus Penyediaan Makanan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Panduan Pengajaran ialah bahan yang boleh digunakan oleh pensyarah sebagai rujukan dan panduan untuk memudahkan pengajaran. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai kesesuaian tiga buah Panduan Pengajaran yang menggunakan Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif bagi Kursus Penyediaan Makanan yang telah dibina merentas pengalaman mengajar penilai. Elemen-elemen yang dinilai adalah kesesuaian struktur ayat dan bahasa, format dan isi kandungan, ilustrasi dan aplikasi pendekatan Koperatif dan Kolaboratif yang digunakan dalam Panduan Pengajaran terbabit. Ketiga-tiga Panduan Pengajaran itu adalah Pengenalan Pendekatan Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif Dalam Kursus Penyediaan Makanan, Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif Bagi Tajuk Hidangan Makanan Bekal dan Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif Bagi Tajuk Hidangan Warga Emas, Seramai tiga orang penilai terlibat dalam Kajian Rintis sementara dua belas orang penilai yang bertindak sebagai responden kajian terlibat dalan kajian sebenar. Instrumen kajian adalah borang soal selidik dan skala likert lima mata telah digunakan untuk mendapatkan maklumbalas jawapan. Data yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan perisian SPSS versi 12.0 untuk mendapatkan peratus dan min. Ujian-t dijalankan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam status kesesuaian Panduan Pengajaran yang dibina merentas pengalaman mengajar penilai. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga Panduan Pengajaran adalah sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan semuanya berada pada tahap yang tinggi. Pengalaman mengajar responden tidak mempengaruhi keputusan penilaian terhadap kesesuaian ketiga-tiga Panduan Pengajaran tersebut. Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan model untuk menghasilkan Panduan Pengajaran yang lebih mantap dan berkesan di masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08441
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13284

Actions (login required)

View Item View Item