Corak Kadar Denyutan Jantung Semasa Latihan Dan pertandingan Untuk Atlit Wanita Dalam Acara Lawn Bowl

Haji Ab Lattip, Nik Rozita and Zainuddin, Zainal Abidin (2008) Corak Kadar Denyutan Jantung Semasa Latihan Dan pertandingan Untuk Atlit Wanita Dalam Acara Lawn Bowl. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan melihat perbandingan corak kadar denyutan jantung semasa latihan dan pertandingan untuk atlet wanita dalam permainan lawn bowl SUKMA Johor. Seramai lima orang subjek terlibat di dalam kajian ini dengan purata dan sisihan piawai umur, berat, tinggi dan kadar nadi rehat subjek masing-masing adalah (191.225, 56 7.416, 158.4 1.673 dan 81.6 22.865). Pengujian dijalankan mengunakan Polar Heart Rate Monitor (Finland model S720i), dan Elastic Transmitter Strap yang di pakai pada bahagian dada (sternum), manakala Polar Wrist Receiver di pakai pada bahagian tangan atlit tersebut. Subjek diuji dalam sesi latihan dan pertandingan selama satu jam melalui kemahiran taktikal dalam lakuan short, medium dan long deliver. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian excel 2007 dan perisisn statistical package for social science 11.5 (SPSS11.5). Hasil ujian-t tidak bersandar yang dijalankan mendapati bahawa perbandingan corak denyutan jantung bagi fasa latihan adalah berbeza secara signifikan dengan corak denyutan jantung bagi fasa pertandingan p=0.025 adalah lebih kecil daripada nilai aras keertian yang ditetapkan iaitu p< 0.05, dengan ini hipotesis nul kajian yang pertama ditolak. Keputusan juga mendapati bahawa corak kadar denyutan jantung ketika melakukan lakuan short, medium dan long deliver, semasa latihan dan pertandingan adalah tidak terdapat perbezaan yang signifikan p=0.466 adalah lebih besar daripada nilai aras keertian yang ditetapkan iaitu p 0.05. dengan ini hipotesis alternatif kajian yang kedua di tolak. Ini menunjukkan peningkatan kadar denyutan jantung semasa pertandingan untuk ketiga-tiga lakuan tersebut tetapi tidak signifikan pada aras (p<0.05).

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08440
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13283

Actions (login required)

View Item View Item