Meninjau Perlaksanaan Kerja Kursus Kemahiran Hidup pilihan Ekonomi Rumah Tangga Di Kalangan Pelajar tingkatan Satu Dan Tingkatan Dua Di Sekolah Menengah selayang Baru, Selangor.

Hat, Zunaida and Abdullah, Nur Qistina (2008) Meninjau Perlaksanaan Kerja Kursus Kemahiran Hidup pilihan Ekonomi Rumah Tangga Di Kalangan Pelajar tingkatan Satu Dan Tingkatan Dua Di Sekolah Menengah selayang Baru, Selangor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran yang mempunyai pelbagai pilihan elektif bagi memudahkan pelajar membuat pilihan mengikut minat mereka. Setiap elektif mempunyai kerja kursus yang perlu disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kriteria-kriteria tertentu. Kerja kursus yang tidak berkualiti akan menjejaskan prestasi pelajar dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Oleh itu kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kerja kursus jahitan tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Antara faktor yang ingin dikaji ialah faktor pengurusan masa, minat pelajar, kemahiran sedia ada pada pelajar berkaitan penggunaan mesin jahit dan kemudahan peralatan serta bahan yang disediakan kepada pelajar untuk melaksanakan kerja kursus jahitan. Seramai 30 orang pelajar dari tingkatan satu dan 50 orang pelajar dari tingkatan dua dipilih sebagai responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik yang mengandungi dua bahagian. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden dan bahagian B mengandungi item-item yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science Version 14.0 ( SPSS 14.0). Hasil kajian menunjukkan pelajar mempunyai minat yang tinggi ( 82.6% ) dalam perlaksanaan kerja kursus. Walau bagaimana pun, kekurangan kemahiran sedia ada pelajar dan kekurangan kemudahan yang disediakan menyebabkan kerja kursus yang dihasilkan tidak berkualiti. Akhir sekali beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak Kementerian, pihak sekolah, guru-guru dan pelajar sebagai alternatif untuk melancarkan perlaksanaan kerja kursus dan produk kerja kursus yang dihasilkan berkualiti tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08439
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13282

Actions (login required)

View Item View Item