Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu

Safai, Noraini and Sihes, Ahmad Johari (2008) Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah. Antara aspek yang dikaji adalah faktor persekitaran, rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah set soal selidik skala likert. Data mentah yang diperoleh, dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science : Version 11.5) untuk mendapatkan nilai min, peratusan dan kekerapan responden. Kajian rintis telah dijalankan ke atas instrumen dan nilai kebolehpercayaan yang diperolehi dari ujian statistik Alpha Cronbachs adalah 0.800. Secara keseluruhan, hasil dapatan kajian menunjukkan aspek kepuasan kerja mencapai tahap min yang tinggi iaitu 3.78. Aspek rakan sekerja adalah penyumbang utama kepada kepuasan kerja responden dimana nilai minnya berada pada tahap tinggi iaitu 3.98, diikuti dengan aspek kenaikan pangkat dengan nilai minnya juga adalah tinggi iaitu 3.96. Aspek persekitaran dan gaji juga berada pada tahap tinggi iaitu dengan nilai min 3.81 dan 3.68. Walau bagaimanapun aspek beban tugas berada pada tahap yang sederhana iaitu 3.45. Dalam hal ini beberapa cadangan telah dikemukakan agar Pensyarah Politeknik dapat mencapai tahap kepuasan kerja yang maksima.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08438
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13281

Actions (login required)

View Item View Item