Kajian Pendekatan Pembelajaran Yang Menyatupadukan sejarah Sains/matematik) Dikalangan Pelajar Fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Hussin, Anita and Kailani, Ismail (2008) Kajian Pendekatan Pembelajaran Yang Menyatupadukan sejarah Sains/matematik) Dikalangan Pelajar Fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pendekatan pembelajaran, minat, sikap dan motivasi pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap penyepaduan sejarah matematik oleh Ilmuan Islam. Kajian juga dilakukan untuk mengetahui tahap pengetahuan umum tentang sejarah matematik dalam pembelajaran mereka serta kepentingannya dalam pembelajaran sejarah sains/matematik. Instrumen kajian ialah soal selidik yang merangkumi enam komponen iaitu pendekatan pembelajaran, minat, sikap, motivasi, pengetahuan umum serta kepentingannya telah digunakan untuk mengumpul maklumat dengan jumlah responden seramai 100 orang iaitu diambil secara rawak daripada populasi pelajar tahun 3 dan 4 aliran matematik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5 dengan nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah 0.8937. Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa pendekatan pembelajaran pelajar, minat, sikap dan motivasi, serta pengetahuan adalah sederhana sahaja. Manakala kepentingan ilmu sejarah penemuan sains/matematik dikalangan pelajar berada ditahap yang tinggi. Berdasarkan hasil ini beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08437
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13280

Actions (login required)

View Item View Item