Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar Pelajar 4 Sph Program Khas Pensiswazahan Guru universiti Teknologi Malaysia

Salamat, Mohd Sahlan and Boon, Yusof (2008) Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar Pelajar 4 Sph Program Khas Pensiswazahan Guru universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau budaya membaca dalam kalangan pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Program Khas Pensiswazahan Guru, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Skop kajian ini melibatkan tiga aspek iaitu kajian ke atas faktor dalaman iaitu dari segi sikap pelajar, faktor luaran serta sokongan seperti faktor ibu bapa, faktor pensyarah, faktor rakan sebaya dan faktor kemudahan perpustakaan kearah pemupukan budaya membaca serta penggunaan sumber bahan bacaanyang dipilih oleh pelajar. Seramai 97 orang responden yang terlibat dalam penyelidikan ini. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 4 SPH PKPG. Data dikumpul dengan menggunakan instrument soal selidik dan dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences versi 14.0. Penganalisisan dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap pelajar-pelajar terhadap budaya membaca berada di tahap yang sederhana. Dalam meningkatkan pemupukan budaya membaca di kalangan pelajar-pelajar, faktor dalaman adalah memainkan peranan yang penting. Di samping itu juga faktor luaran seperti faktor ibu bapa adalah faktor yang utama dalam mendorong pelajar minat terhadap membaca.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08436
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13279

Actions (login required)

View Item View Item