Tahap Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Mohd Azizuddin, Fadhlina and Yahaya, Azizi (2008) Tahap Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kajian ini memfokuskan kepada enam persoalan kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik untuk mengukur tahap kompetensi responden. Tahap kompetensi dikaji daripada aspek yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran, dan bahan bantu mengajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 73 orang guru yang mengajar matapelajaran sains dan matematik dari lima buah sekolah di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan terpilih sebagai responden. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science (SPSS 12.0) untuk mendapatkan frekuensi, min, dan sisihan piawai manakala ujian-t, ANOVA, dan korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hipotesis. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kompetensi guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik berada di tahap tinggi bagi kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar. Manakala bagi penggunaan bahasa Inggeris pula berada pada tahap yang sederhana. Bagi hipotesis, faktor penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor tersebut mengikut pengalaman mengajar dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor tersebut dengan jantina. Selain itu, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan bahasa Inggeris dan bahan bantu mengajar dengan opsyen dan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara faktor kaedah pengajaran dengan opsyen.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08435
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13278

Actions (login required)

View Item View Item