Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-guru Sekolah menengah Di Daerah Seremban, Negeri Sembilan

Md Yasin, Zaliza and Hassan, Johari (2008) Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-guru Sekolah menengah Di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Pendidikan masa kini mengalami perubahan yang mendadak dan berubah ke arah pembentukan masyarakat bermaklumat selaras dengan visi negara untuk menjadi tunggak dalam perkembangan teknologi maklumat. Sehubungan itu, guru memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan visi tesebut. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penggunaan komputer di kalangan guru-guru, mengenal pasti sejauh mana guru menggunakan kemudahan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan mengenal pasti masalah penggunaan komputer. Sampel kajian terdiri daripada 98 orang guru yang dipilih secara rawak dari empat buah sekolah menengah di Negeri Sembilan. Data diperolehi melalui borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS ( Statistical Package For Social Sciences ) versi 11.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan komputer responden masih rendah berpunca daripada kekurangan kemudahan komputer dan pengetahuan tentang komputer. Kajian juga mendapati bahawa kekangan utama penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah komputer sekolah sering diserang virus, bilangan komputer adalah tidak mencukupi di sekolah, komputer dan mesin cetak di sekolah selalu rosak, sekolah kurang menganjurkan kursus dalaman berkaitan komputer dan tiadanya kemudahan LCD di dalam kelas. Oleh itu dicadangkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia lebih proaktif dalam membekalkan komputer di sekolah dan mendedahkan guru yang sedang berkhidmat dengan latihan berasaskan komputer untuk menangani cabaran era siber pendidikan di Sekolah Bestari nanti

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08433
Subjects: Educational Technology > Instructional Technology
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13276

Actions (login required)

View Item View Item