Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap kebersihan Di Dalam Bas Menurut Perspektif Islam

Mohd Yusof, Nur Hanis and Kadikon, Sulaiman (2008) Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap kebersihan Di Dalam Bas Menurut Perspektif Islam. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar Universiti Teknologi Malaysia terhadap kebersihan di dalam bas menurut perspektif Islam. Sampel kajian ini melibatkan 123 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Teknologi Malaysia. Set soal selidik mengandungi 30 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 14.0 Windows. Bahagian A dijawab menggunakan skala bebas-jawab dan jenis Thurston. Manakala bahagian B, C dan D pula menggunakan Skala Likert. Nilai kebolehpercayaan soalselidik ialah α = 0.7970. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan responden memberikan persepsi yang positif terhadap tahap kebersihan di dalam bas, sikap responden dalam mengamalkan amalan kebersihan di dalam bas dan persepsi responden terhadap budaya kebersihan menurut perspektif Islam. Ini menunjukkan bahawa responden sedar tentang kepentingan menjaga kebersihan dan juga prihatin terhadap kebersihan yang menjadi asas kepada penjagaan alam sekitar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08431
Subjects: Religious and Moral Education > Islamic Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13274

Actions (login required)

View Item View Item