Tahap Perlaksanaan Amalan Pengajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah Di Daerah Johor Bharu

Kasim, Noridah and Ibrahim, Mohd Ali (2008) Tahap Perlaksanaan Amalan Pengajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah Di Daerah Johor Bharu. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Perlaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah laksanakan sejak tahun 2003 hingga kini . Namun sejauhmana tahap perlaksanaannya di sekolah masih menjadi persoalan. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mengkaji perlaksanaan amalan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah rendah. Kajian ini melibatkan 270 orang pelajar dari lapan buah sekolah rendah di daerah Johor Bahru. Alat Kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 31 item. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α .81. Hasil dapatan data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan Kajian ini menunjukkan min perlaksanaan amalan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris ialah 2.54. Ini menunjukkan perlaksanaannya berada pada tahap tinggi. Perlaksanaan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris antara sekolah bandar dengan luar bandar tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara perlaksanaan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris dengan persepsi murid terhadap guru, terdapat hubungan yang signifikan antara perlaksanaan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris dengan sikap pelajar terhadap matapelajaran Sains. Manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara perlaksanaan Sains dalam Bahasa Inggeris dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08430
Subjects: Curriculum and Instructions > Pedagogy
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13273

Actions (login required)

View Item View Item